Sunday, February 23, 2014

Seadanya Engkau

So you see..


Last boyfriend aku, boleh dikatakan orang akan cakap dia jahat..
Ada la some things yang dia buat dalam hidup dia yang salah.. Banyak la sebenarnya benda salah yang dia buat.

Sekarang aku masih tak ada pengganti dia. And jujur aku cakap, agak susah untuk ada pengganti dia..
Jujur jugak aku cakap, yang paling sakit ni lah yang paling susah sekali aku nak get over.

Wanna know why?

Luaran dia memang banyak benda jahat dia buat.
Tapi being with him, even sebelum kami jadi pasangan pun kami dah kawan rapat. Dan kami pernah menangis sama sama bila cerita pasal hidup.
Pasal dia yang dah hilang bapak dia sejak dia umur 13 tahun..
And dia sedih dan cemburu sikit bila raya aku dapat raya dengan bapak aku.
Aku ingat lagi, dia nangis and cakap "mesti best kan raya ada bapak.."
Bukan tu je. Banyak yang kami kongsi pasal hidup.
Nasib dia, nasib aku...

Aku tau jahat dia. Yang dia jujur bagitahu aku, yang dia tak jujur tapi aku tahu.. Banyak jugak lah..
Tapi percaya tak kalau aku cakap aku sayang dia sangat sebab aku nampak baik dia.
Jahat dia memang terang. Cukup yang aku kena tanggung je dah habis menyakitkan. Mulut dia jahat macam bontot ayam kadang kadang. 

Selalu sebenarnya.

Tapi baik dia- mungkin itu yang aku belum jumpa pada orang lain..

And not just that.
Maybe I love him as a human.
Aku sayang dia sebagai manusia lain. Manusia yang dah banyak buat silap dalam hidup. 
Yang masih lemah dan tak mampu nak ubah jalan hidup salah yang dia pernah pilih satu masa dulu.

Jahat jahat dia pun, ada jugak benda yang aku belajar dari dia.
Aku pandang tinggi sifat dia yang tak pernah endah apa orang nak cakap.
Dari segi pemakaian contohnya.
He's the first person yang aku kenal yang main belasah je nak pakai tshirt bundle ke apa ke, and not ashame of it at all.
Dia tak heran benda2 jenama bagai.. Dia selalu jadi diri dia sendiri.. Dia tak pandai english, dia mengaku and boleh ketawa sama2 dengan aku bila aku betulkan dia. Unlike some people. But tu masing masing la kan.. But this is him.
Why I love him despite all his flaws.

Well tak semua orang hebat untuk belajar dari kesilapan. Tak semua orang sekuat macam yang kita selalu nasihat nasihatkan tu...

Even aku tak dengan dia lagi. Aku selalu teringatkan dia. As a human. As someone yang pernah jadi kawan rapat dia. As someone yang masih sayangkan dia.

Dengan dunia yang sangat cold and unfair sekarang, i have a feeling that if apa apa yang tak baik jadi dekat dia, aku rasa separuh aku akan mati.
I just love him that much.

Aku sayang dia sampai macamtu dalam masa yang sama aku redha yang "sayang tidak semestinya memiliki....."

Dan sebenarnya, ada atau tidak dia dalam hidup aku, aku selalu berharap and teringin sangat nak tahu yang dia dah berubah. Satu hari nanti......  
Inshaa'Allah...

Dia takkan baca ni.
Tapi tu lah, aku akan selalu doakan kau M-------.
Kau antara kawan yang terbaik Tuhan pernah bagi pada aku.


No comments: