Sunday, February 23, 2014

Seadanya Engkau

So you see..


Last boyfriend aku, boleh dikatakan orang akan cakap dia jahat..
Ada la some things yang dia buat dalam hidup dia yang salah.. Banyak la sebenarnya benda salah yang dia buat.

Sekarang aku masih tak ada pengganti dia. And jujur aku cakap, agak susah untuk ada pengganti dia..
Jujur jugak aku cakap, yang paling sakit ni lah yang paling susah sekali aku nak get over.

Wanna know why?

Luaran dia memang banyak benda jahat dia buat.
Tapi being with him, even sebelum kami jadi pasangan pun kami dah kawan rapat. Dan kami pernah menangis sama sama bila cerita pasal hidup.
Pasal dia yang dah hilang bapak dia sejak dia umur 13 tahun..
And dia sedih dan cemburu sikit bila raya aku dapat raya dengan bapak aku.
Aku ingat lagi, dia nangis and cakap "mesti best kan raya ada bapak.."
Bukan tu je. Banyak yang kami kongsi pasal hidup.
Nasib dia, nasib aku...

Aku tau jahat dia. Yang dia jujur bagitahu aku, yang dia tak jujur tapi aku tahu.. Banyak jugak lah..
Tapi percaya tak kalau aku cakap aku sayang dia sangat sebab aku nampak baik dia.
Jahat dia memang terang. Cukup yang aku kena tanggung je dah habis menyakitkan. Mulut dia jahat macam bontot ayam kadang kadang. 

Selalu sebenarnya.

Tapi baik dia- mungkin itu yang aku belum jumpa pada orang lain..

And not just that.
Maybe I love him as a human.
Aku sayang dia sebagai manusia lain. Manusia yang dah banyak buat silap dalam hidup. 
Yang masih lemah dan tak mampu nak ubah jalan hidup salah yang dia pernah pilih satu masa dulu.

Jahat jahat dia pun, ada jugak benda yang aku belajar dari dia.
Aku pandang tinggi sifat dia yang tak pernah endah apa orang nak cakap.
Dari segi pemakaian contohnya.
He's the first person yang aku kenal yang main belasah je nak pakai tshirt bundle ke apa ke, and not ashame of it at all.
Dia tak heran benda2 jenama bagai.. Dia selalu jadi diri dia sendiri.. Dia tak pandai english, dia mengaku and boleh ketawa sama2 dengan aku bila aku betulkan dia. Unlike some people. But tu masing masing la kan.. But this is him.
Why I love him despite all his flaws.

Well tak semua orang hebat untuk belajar dari kesilapan. Tak semua orang sekuat macam yang kita selalu nasihat nasihatkan tu...

Even aku tak dengan dia lagi. Aku selalu teringatkan dia. As a human. As someone yang pernah jadi kawan rapat dia. As someone yang masih sayangkan dia.

Dengan dunia yang sangat cold and unfair sekarang, i have a feeling that if apa apa yang tak baik jadi dekat dia, aku rasa separuh aku akan mati.
I just love him that much.

Aku sayang dia sampai macamtu dalam masa yang sama aku redha yang "sayang tidak semestinya memiliki....."

Dan sebenarnya, ada atau tidak dia dalam hidup aku, aku selalu berharap and teringin sangat nak tahu yang dia dah berubah. Satu hari nanti......  
Inshaa'Allah...

Dia takkan baca ni.
Tapi tu lah, aku akan selalu doakan kau M-------.
Kau antara kawan yang terbaik Tuhan pernah bagi pada aku.


Sunday, February 16, 2014

Penagih Dadah = MANUSIA

Assalamualaikum.
Hello.
Hai.

This would be a very random post.
Just sharing my opinion; in case there are still some people out there who actually read my blog.
--
Okay here it goes;
--

Adakah aku sorang je yang berpendapat bahawa penagih dadah sepatutnya dijaga/dikawal oleh AADK - (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) atau agansi2 lain yang bertindak sama seperti nya?

Am I the only one who thinks that druggies should be handled by the National Anti Drug-Agency,etc?

I mean.. They need help. HELP. Pertolongan. Bantuan.
Drugs are everywhere and very easy to find nowadays. Tinggal kita sedar atau tidak je. Keliling kita berapa peratus orang yang sama ada dibawah pengaruh dadah, pernah ada sejarah berkaitan dadah and so on.

Saya perasan AADK ada jugak buat event dimana mereka jemput penagih dadah datang dengan rela hati jika mereka rasa perlu dibantu.

Agak2 kalau kira dalam 10 orang penagih, berapa ramai yang akan pergi dengan rela hati? 
I'm sure some of them akan fikir macam they're surrendering themselves to the police.
Just to get themselves beaten up, kena duduk dalam lokap, tidur atas lantai sejuk and stuffs like that. Situasi yang mereka pun tak suka sebenarnya, duduk dalam lokap/dipenjarakan.

These people/penagih dadah ni semua., mereka manusia.
Kita semua buat silap. Begitu jugak mereka. Tapi dari apa yang saya lihat dari bahan bacaan, masyarakat majoritinya pandang sebelah mata je penagih2 dadah ni. Masyarakat anggap penagih dadah ni semua ibarat SAMPAH SARAP.

--Saya tak tahu macam mana sebenarnya prosedur dalam lokap selepas penagih dadah ditahan atas sebab sebab berkaitan dadah.
Tapi jelas depan mata dari apa yang saya baca, banyak yang keluar dari lokap dan masih tidak tinggalkan dadah. Jadi dari sana la mereka ni jadi nya keluar masuk lokap macam check in check out hotel.

Mungkin kalau lebih banyak pendedahan pasal pusat pusat RAWATAN dadah yang sedia ada, dengan cara tu mereka akan lembut hati dan akan lebih faham yang mereka masih boleh dibantu, masih boleh teruskan hidup normal macam orang lain tanpa perlu bergantung kepada benda yang merosakkan tu which is DADAH lah kan.
Mungkin dengan cara tu mereka akan lebih terbuka dan dengan rela hati pergi dapatkan bantuan..

Contoh macam satu kes kebakaran, akan ada bomba dan polis.
Bomba untuk selamatkan keadaan dalam keadaan sesuatu tempat sedang dijilat api tu, while Polis ada untuk bantuan utk ada kan report and stuffs. Bagi saya macam tu la sepatutnya peranan AADK tu macam Bomba dalam situasi tadi. Polis mungkin boleh bantu kawal keadaan contohnya ada penagih yang dah tahap agresif dan boleh membahayakan orang, yang ada senjata ke apa..

Saya cuma rasa, kita semua manusia. Ada tahap untuk ikut cara hukuman terhadap sesama manusia berdasarkan undang undang negara and such. Selagi boleh bantu, kenapa tidak bantu aje.

Andai kata lah ada antara yang baca ni adalah penagih dadah, dan masih ada rasa berharap untuk berubah dan tinggalkan dadah, saya merayu awak jangan putus asa. Kalau atas dunia ni, jangan lah putus asa dengan diri sendiri. Tak ada apa yang mustahil.
Tuhan tak pernah putus asa pada kita. Jadi jangan ambil pusing kalau ada orang keliling awak yang sama ada atas muka bumi ni yang putus asa dengan awak. Hidup untuk diri sendiri dan Tuhan.
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - Surah Az-Zumar: 53
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada semua hamba-hambanya yang melakukan kesilapan yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Jangan rosakkan diri. Banyak lagi benda boleh buat dalam dunia.
Jangan sampai dadah buat awak tak sedar perbuatan awak pada keluarga, kawan kawan. Tolong lah dapatkan bantuan sebelum terlambat.

Sana sini kes bunuh semua libatkan dadah. Sedangkan ahli keluarga sendiri pun ada yang tergamak bunuh-  berpuncakan dadah.
Sebelum terlambat, tolong lah cuba dapatkan bantuan.

I am no one of couse. Just a stranger, orang asing yang cuba nak ingatkan awak yang hidup ni boleh jadi lebih bermakna kalau awak tinggalkan benda yang jelas jelas merosakkan diri.
Dah cukup banyak bukti yang sedia ada pasal kerosakan yang jadi disebabkan dadah.

I have faith in you. In all of you. But most of all, awak semua kena ada kepercayaan pada diri sendiri. Tak perlu lah nak tunggu sampai ada benda tak baik jadi baru nak menyesal. Selalunya bila menyesal tu dah terlambat. Hargai la orang orang keliling yang masih sayang.

"Sememangnya penyakit melawan nafsu ketagihan dadah adalah penyakit yang paling sukar dan memerlukan kesabaran, ketabahan dan jati diri yang tinggi. Pihak keluarga dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memulihkan ahli keluarga yang telah menjadi penagih dadah dalam memberikan galakan motivasi. Bekas-bekas penagih yang telah melalui rawatan haruslah diterima balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Perasaan prasangka buruk terhadap para penagih menjadikan mereka berasa tersisih dan akan mudah kembali kepada penyalahgunaan dadah. Kita harus sedar dan memberikan mereka harapan dan peluang untuk memulakan kehidupan baru." (-Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah)

Get help.
Cuba,...

KL/Selangor
* Rumah Sahabat
Lot No.422 Kampong Batu 14,
Jalan Ulu Langat,
43100 Kajang Selangor DE

* Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP)
MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd.
Tingkat 2 Wisma Belia
No. 40 Jalan Syed Putra
54600 Kuala Lumpur.
Tel. : 03 - 22734622, 22730622, 016-5555021

Perak
* Pusat Rawatan & Pemulihan Dadah Persendirian JABAT SUFI
No. 766A, Taman Chandan Desa, Jalan Gopeng,
31300 Simpang Pulai,
Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax : 05-3575841

* Akademi Hijrah Insan
239A, Jalan Silibin, Taman Alkaff, Silibin 30100 Ipoh Perak

Kelantan
Pondok Islah Diri Baitul Taubah
PT 371 Jalan Jeram Pasu,
Padang Pak Amat
16800 Pasir Puteh

Kedah
Pusat rawatan Ustaz Hj Hanafi
 NO.1932-C , JALAN STADIUM,
 05100  ALOR SETAR, KEDAH