Monday, April 1, 2013

Belasah Ajelah

Aku dah pernah bilang, tak perlu sesiapa cari carikan jodoh untuk aku. Aku tak terdesak pun. Tak ada pun fikir aku ni bermasalah sebab masih tak berteman baru sampai sekarang.

Ada sebab. Ada sebab aku tolak. Ada sebab aku hindari. Aku belum bersedia. Dan rasanya diri sendiri pun aku belum mampu nak habis jaga lagi. Banggakan mak bapak pun belum lagi.Banyak lagi benda aku nak capai sebelum aku tambah tanggungjawab aku. 

Nak kata fobia?
Aku tak pasti. Tapi dalam bertahun yang aku kenal diri aku, aku rasa aku ni jenis manusia yang sanggup dan mampu tanggung risiko andai lah benda tu memang betul keinginan aku. Aku jenis rempuh aje kalau aku rasa  aku nak rempuh; takde nak fikir risau itu ini. Andai benda tu tak seelok yang aku sangka atau harapkan, aku anggap tu bukan rezeki aku. Dan dalam hubungan pulak, anggap dah tak ada jodoh. Aku tak jahil. Aku percaya kuasa Allah. 'Kun fa ya kun'. Semua Dia dah rancang. Semua dengan izin Dia.

Kalau ikutkan hati, memang dengan si Polan tu aku tak habis sayang, tak habis rindu lagi. Paling jujur dah ni. Tapi dalam masa yang sama, aku sedar punya lah banyak halangan untuk aku dengan dia. Kalau tadi aku ckp aku jenis main rempuh je kalau aku memang inginkan sesuatu tu, tapi dalam hal ni, memang aku ingin sangat dengan dia ni. Macam aku cakap la, sayang aku kat dia tak habis lagi. Tapi antara halangan halangan yang wujud antara aku dengan dia tu adalah orang orang yang jauh lebih penting. Yang aku lebih kena jaga. Itu sebab aku berhenti tengah jalan.
Dan kalau pun bukan sebab orang orang yang aku nak jaga ni, senang cerita, aku pun reti serik. Dan aku belajar untuk tak terlalu ikutkan perasaan sangat. Ye memang boleh je terus sayang dia, boleh je terus rindu dia. Tapi aku cuba sedaya aku untuk bataskan sampai situ sahaja. Biar cuma tinggal rasa rasa yang ada dalam hati aku. Yang hanya diri aku tahu. Yang hanya Allah tahu. Biar sampai situ sahaja.

Banyak benda dah jadi. Aku tahu dia pun sedar benda tu. Salah satu sebab yang buatkan kami berdua rasa macam dekat walaupun jauh, adalah disebabkan dengan hal hal yang kami dah tempuh sama sama. Suka, duka. Dari waktu kami berkawan, sampai la kami jadi lebih dari kawan.

Dan sampai sekarang, aku belum mampu bayangkan panggilan 'sayang' dari aku tu ditujukan pada orang lain selain dia. Sekarang, aku masih panggil dia 'sayang', tapi aku hanya mampu panggil dalam benak aku aje. Biar dia tak tahu. Biar dia percaya yang aku jahat, biar dia percaya yang aku tak pernah sayangkan dia.

No comments: