Thursday, March 21, 2013

Parasitas 2.0

Finish what you guys have started, DUDES!

"Sebaik, semulia malaikat. Sekeji, sejahanam iblis!"


Dalam berpuluh tahun aku disini, aku kenal erti hidup, aku kenal realiti, aku berpijak di bumi nyata ni; sumpah, dah terlalu banyak rupa manusia aku dah jumpa. Terlalu banyak ragam manusia aku selisih. Nak kata terlalu banyak hati yang aku dah kenal, agak payah. Sebab hati orang kita tak tahu.


Aku dah membesar dengan macam-macam dugaan. Dari mula aku mengeluh, tiba hari umur semakin meningkat, aku belajar erti 'dugaan'. Aku belajar erti 'sabar'. Aku belajar erti 'redha'. Aku belajar erti 'persahabatan'. Aku belajar erti 'fitnah'. Aku belajar erti 'realiti'. Dan yang paling penting aku belajar erti 'belajar'.


Kadang-kadang aku pelik dengan yang kononnya manusia, yang mulut berupa tahik ni.


Orang bilang;


1) mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut orang agak tak boleh nak dikawal

2) kadang kala kita tak boleh salahkan orang bercerita bila hakikatnya kita yang terus menghidangkan bahan untuk mereka gorengggg! ahah. Untuk mereka jadikan buah mulut, untuk dijaja, buat mereka rasa mereka itu power, terror sebab simpan banyak info dan dalam hal aku, mungkin lebih ngam dilabelkan sebagai 'gossip'.


Tapi, macam mana pulak kalau orang yang kita tak kacau, tak habis habis dok reka cerita yang macam haram jadah pasal kita, dan tak cukup tu, dengan bangga dan riak nya pergi menjaja. Ya, bila kena batang hidung aku, aku mampu senyum. Aku mampu ucap 'Alhamdulillah'. Tapi bohong lah kalau aku cakap dalam hati ni tak terdetik walau seinci rasa hampa, rasa sakit, rasa redha dlm keadaan melawan sakit hati tu daripada menakluk hati aku, jangan dihitamkan hati aku. Lawan hati untuk jangan sampai ada walau sekelumit pun rasa benci untuk mereka ini yang sama umat manusia macam aku. Sama kerdil di dunia ini, macam aku. Siapa aku untuk menghukum mereka? Siapa aku?


Ya, aku adalah BUKAN sesiapa. Untuk menilai, lebih lebih lagi menghukum.


Pernah aku sampai cuba macam macam cara demi untuk membuktikan yang cerita cerita tu semua sangat jauh dari yang benar. Demi menegakkan keadilan aku. Takkan aku dengar orang main boh pasal aku, aku nak duduk dengar je sambil goyang kaki korek hidung kan?


Orang cakap, "Sabar. Biar orang buat kita asalkan kita tak buat orang cukup lah." "Allah tu adil. Nanti kena balasan Allah lagi bertimpal."


Hakikatnya aku bukan malaikat. Jauh sangat untuk dibandingkan sebegitu, jauh sangat untuk aku rasa layak dikatakan begitu. Ya aku sedar. Hakikatnya aku bukan malaikat dan aku hanya manusia biasa. Manusia yang punya hati. Ada perasaan. Bisa tersungkur. Bisa marah. Bisa sakit. Bisa menangis. Aku manusia. Masih ada deria rasa, Alhamdulillah aku cukup nikmat Allah dari segi fizikal. "Biar Allah balas." Jujur cakap, aku sendiri tak nak, dan mintak jauh Na'uzubillah minzaliq dari sifat itu. Dari menjadi manusia yang mendoakan kecelakaan orang lain tak kira apa sekalipun yang orang buat pada aku. Tak kira macam mana sakit hati aku rasa bila dianiaya.


Memandangkan aku bukan malaikat, aku ada hati, aku mampu marah. Sebenarnya kalau nak diikutkan hati dan amarah aku, dah lama dah tangan aku jejak muka kau, kau, kau dan kau! Apa? Aku berlagak kuat? Tak berlagak kuat. Mungkin tak sakit pun korang kena tangan aku ni. Tapi cukup untuk puaskan hati dan amarah. Takkan aku nak cakap, "kalau aku dapat muka korang, memang aku bagi pecah!" Eh tak. Aku pun tau aku tak sekuat tu dan tak sebangang itu/


Tapi sekali sekala, pandang lah sikit diri sendiri. Cuba nilai diri sendiri sebelum sibukkan diri membuang masa ambil tahu pasal aku, bercakap pasal aku. Hebat sangat ke aku ni? Aku tak cari hal pun dengan korang. Apa salah besar sangat aku dekat korang? Ni soalan, kalau aku tanya and kalau setakat korang nak bagi jawapan guna cerita rekaan dan dongeng korang tu memang pergi mampus la kan.


Aku hidup bukan nak senangkan hati korang. Aku ada Allah, aku ada mak bapak. Bukan korang yang jaga makan pakai aku. Seumur hidup ni la pertama kali aku kenal manusia macam korang. Yang hidup sendiri tak terjaga, sibuk selak perihal hidup orang lain. Mak bapak ada kan? Tuhan ada kan? Aku tak baik mana, tapi sekurang kurangnya aku sedar.


Wahai lelaki lelaki yang bermulut betina. Korang semua pengecut. Buktinya adalah semua cakap belakang je pandai. Depan aku punya lah baik. Siap mintak tolong, bodohkan aku yang lurus ni. Siap bagitahu dekat orang betapa lurus bendul nya aku. Jadi sebab tu la kau boleh senang senang aniaya aku? Dan ANDAI lah ada antara korang terbaca ni, aku yakin salah sorang yang memang aku dah lali sangat la dan dah boleh baca gerak geri dia ni akan tung tang tung tang hentam dekat Twitter, FB status. Ya, LELAKI. Apa lagi perkataan yang sesuai untuk lelaki macam ni melainkan PE-NGE-CUT?


Sekali je, sekali sementara aku hidup ni, aku harapkan satu masa dimana bila kau rasa ada benda nak cakap pasal aku, apa kata cakap depan muka aku? Atau mungkin kau ni memang gila glamour, perlu kan audience, ya panggil mereka. Sekali ada aku. Cakap apa kau nak cakap. Tak adil lah kan kalau kau kononnya jauh lebih tahu pasal aku dibandingkan dengan diri aku sendiri.

Tak adillah kalau main cakap belakang, di mana aku tak ada untuk mempertahankan kebenaran untuk diri aku?

Macam mana kisah hidup aku yang kau ceritakan tu ada yang aku sendiri tak ingat dan sangat yakin yang aku tak pernah tempuh eh?


Aku pernah hilang ingatan ke?


Sekarang. Aku cabar korang. Lagi baik kalau semua semua tiba tiba dah datang balik kejantanan tu. Tak aku bukan nak buat pertandingan "MULUT SIAPA LEBIH BETINA?" Itu macam, awal awal lagi aku surrender. Korang paling power, memang tiada syakwasangka lagi.


Confrontation.

 Like adults would do?


DUA antara korang paling tahap kritikal.




Table talk mari

No comments: