Tuesday, July 17, 2012

Untuk Dikongsi Bersama :)


Ayah, tolong jangan pukul saya lagi!

Taken from www.jomberita.com

Menitik air mata kami saat membaca tulisan seorang rakyat dari China tentang luahan perasaan beliau yang ingin menyelamatkan hidup 2 orang kanak-kanak yang didera bapa mereka sejak dari hari pertama mereka dilahirkan. Bagaimana penulis cuba menceritakan akan penderitaan kanak-kanak itu yang cuba untuk terus hidup dan bertahan walaupun saban hari dipukul oleh bapanya. Mari kita ikuti penulisan beliau…

Sememangnya sukar untuk dipercayai di zaman serba moden ini masih wujud bapa yang tidak berperikemanusiaan dan bersifat kejam seperti ini. Alhamdulillah, kini kanak-kanak ini telah berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke rumah kebajikan, sementara bapa mereka telah pun dipenjarakan. Saban hari, jeritan inilah yang selalu didengari oleh penduduk di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

"Ayah, tolong jangan pukul saya lagi!"

Tiada siapa yang berani membantu. Kami semua hidup dalam kesusahan dan masalah masing-masing. Tiada siapa dapat menyembuhkan luka dan ketakutan yang menyelubungi hidup kanak-kanak ini. Sehingga kini mereka masih trauma dan sering meracau di setiap malam. Siapa yang boleh bertahan jka seumur hidup dari lahir didera dan diperlakukan macam haiwan.

Cuba anda bayangkan jika anak-anak anda diperlakukan sedemikian rupa. Siapa yang dapat bertahan jika diperlakukan begini setiap hari? Pada siapa mereka mahu meminta pertolongan? Sedangkan anak-anak dilanggar di tengah jalanraya pun tidak dipedulikan, inikan pula tangisan kanak-kanak ini.. Siapa yang mahu membantu? Inilah situasi di negara China, dimana kemanusiaan telah dibuang jauh dari kamus hidup mereka.

Saya mahu membantu anak-anak ini, tetapi saya tidak dapat berbuat demikian. Bagaimana untuk membantu? Dengan apa? Saya masih dibawah tanggungan ibu-bapa. Saya hanya boleh mendoakan yang terbaik. Tetapi kekuatan dari saya seorang adalah terlalu terhad. Jadi saya ingin meminta bantuan. Jika anda mahu membantu, atau jika anda mempunyai sebarang cadangan bagaimana untuk memperbaiki masalah ini, sila berhubung dengan saya.


November 10
Oleh kerana tahap kecederaan kanak-kanak itu amat kritikal, pihak berkuasa yang berkaitan telah menghubungi pusat kubajikan tempatan dan kanak-kanak ini telah dihantar ke sana buat sementara waktu. Jurucakap bagi pihak berkuasa yang berkaitan menunjukkan bahawa mereka akan dijaga dan buat masa ini, hak penjagaan mereka telah ditarik dari si bapa oleh pihak mahkamah bagi melindungi kanak-kanak itu.
Hanya di belakang pintu logam ini lah hidup dua kanak-kanak tersebut. Kehidupan mereka adalah lebih buruk daripada kematian. Tubuh mereka diliputi dengan lebam-lebam dan luka. Mereka hidup dalam ketakutan. Di mata mereka, ayah mereka adalah syaitan.


Sehingga kini saya tidak dapat melupakan wajah kanak-kanak ini yang berlumuran darah dan luka yang masih baru lagi. Mungkin mereka baru sahaja dipukul oleh ayah mereka. Dari riak matanya seolah-olah memohon pertolongan supaya mereka dikeluarkan dari neraka ciptaan ayah mereka itu.


Zaman kanak-kanak adalah masa yang paling menggembirakan, ia sepatutnya penuh dengan kebahagiaan, bermain, riang, dan penuh harapan untuk masa depan. Tetapi dalam mata  kanak-kanak berusia 5 tahun ini, zaman kanak-kanaknya tidak begitu indah. Setiap hari dia dipukul oleh bapanya, kanak-kanak ini kelihatan kelaparan,  mukanya yang tidak tidak berani menatap mata orang lain, air muka yang melihat orang lain mempunyai keseronokan dan bermain, manakala dia sendiri dikunci di dalam sepanjang hari .

Apabila saya pecah masuk ke dalam bilik itu, saya seakan akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Bilik ini seolah-olah satu bilik penyeksaan. Darah ada di merata-rata, ada yang masih baru dan ada yang sudah kering.

Kanak-kanak ini telah berulang kali dipukul hingga seluruh badanya dipenuhi dengan luka lama dan luka baru.
Cuba bayangkan jika anak anda diperlakukan begini?

Kaki kanak-kanak  ini telah dipotong oleh bapanya menggunakan jarum dan gunting. Apabila melihat mereka pada waktu itu, saya memarahi dir sendiri kerana saya tidak mampu untuk membantu. Mengapa?! Mengapa?! Mengapa saya perlu melihat sesuatu yang sangat kejam!

Ini rumah atau neraka? Seluruh bilik itu dipenuhi dengan darah!

Hidup kanak-kanak ini sangat sengsara. Sedangkan pakaian tidak diberikan kepada mereka, inikan pula makanan. Sudah beberapa hari mereka tidak menjamah sebarang makanan dan minuman. Hidup mereka hanyalah ditemani darah dan tangisan.

Torehan pisau di belakang tubuh anak kecil ini..

Ini adalah penyapu yang selalu digunakan si bapa untuk memukul kanak-kanak ini yang dipenuhi darah dan sudah patah.

Ini adalah kakak kepada kanak-kanak ini. Parut diwajahnya juga adalah disebabkan oleh perbuatan bapa mereka.

Ini adalah  (binatang) bapa kanak-kanak malang ini. Dia adalah seorang pelukis. Ibu mereka sudah meninggalkan keluarga ini dua tahun lalu. Si ibu melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh si bapa.


Saya bertanya kepadanya: Mengapa awak memukul mereka setiap hari? Berapa umur anak-anak awak?
Bapa: Saya tidak tahu.
Saya bertanya lagi.. Lalu si bapa menjawab, "saya menjadi marah lalu memukul mereka." 
Saya: Adakah kamu tidak suka kepada anak kamu?
Bapa: Saya sayangkan anak saya, kerana itulah saya memukul mereka!


Akhirnya kanak-kanak itu diberikan rawatan dan pemeriksaan rapi.

Selepas menanggalkan pakaian kanak-kanak ini dan membersihkan luka di tubuh mereka, semua jururawat yang ada disitu menitiskan airmata melihatkan kesengsaran yang terpaksa ditanggung oleh anak anak kecil ini.

Sewaktu kanak-kanak ini dijahit, dia langsung tidak menangis. Tiada setitik pun air mata yang mengalir. Mungkin mereka sudah lali dengan kesakitan dan kesakitan itu tidaklah setanding dan seteruk dipukul oleh bapa mereka.   Jika kanak-kanak lain pasti sudah menangis dan menjerit memanggil ibu-bapa mereka.



Cerita mengenai pengalaman dan ketabahan kanak-kanak itu tersebar ke seluruh hospital. Semua yang hadir menitiskan air mata. Seorang wanita membantu kanak-kanak ini berpakaian dan membawa beberapa keping roti dan susu untuk kanak-kanak itu. Seorang nenek tua berkata sambil menangis, “Kanak-kanak yang baru berusia lima tahun telah menghadapi  kesusahan ini, dan menjalani pembedahan tanpa bius adalah sesuatu yang orang dewasa pun tidak dapat bertahan tanpa menjerit. Namun, kanak-kanak ini tidak pun menitiskan air mata. Bagaimana dia tergamak menjadi bapa seperti ini? Kanak-kanak ini hidup lebih teruk daripada anjing.“

Dalam masa kurang dari lima minit, sebungkus roti telah habis dimakan. Lalu si kakak memberitahu saya bahawa mereka tidak makan selama dua hari. Mereka tidak pernah makan roti ini sebelum ini. Ia benar-benar lazat. Kemudian saya mendapat tahu bahawa seumur hidup mereka hanya pernah makan mee segera sahaja!

Si bapa menjalani pemeriksaan mental

Imbasan otak








1 comment:

Izzan Y Rosdin said...

sedihnya.. kecian dengan mereka..