Wednesday, April 25, 2012

Cetek Akal

Korang tau tak. Dalam hidup ni, kita semua memang tak sempurna. Tapi ada benda2 remeh yang kita boleh elak daripada berbuat jahat antara satu sama lain.
Satu daripadanya..
Orang sekarang suka sangat guna jalan pintas untuk dapatkan kejayaan.
Tak kira la sama ada yang gila kuasa gila harta gila pangkat yang akan pastikan keinginan dia terlaksana tak kira dengan APA CARA sekalipun.
Dari situ la orang orang yang akal cetek sempit macam ni akhirnya memang konon dah temui jalan buntu, dan diorang akan pilih untuk dapat kan keinginan diorang tu dengan menggunakan cara halus.
Busuk hati semua la punca semua ni.
Yang gila kuasa, sanggup cucuk sana cucuk sini kipas sana kipas sini untuk dapat kan kuasa yang diinginkan.
Yang nak kan seseorang tu jadi milik dia, mula la hantar penyakit itu ini guna pawang bomoh bagai, pendek kata ilmu hitam la. Kan ke syirik nama nya tuh.
Tu tak percaya jodoh tak percaya kan takdir, kesimpulannya mungkin juga tak percaya kan kewujudan Allah.

Untuk yang masih percaya kan Tuhan, kita tau setiap apa perbuatan kita selama kita hidup ni akan berbalas. Semua terletak pada tangan Tuhan. Baik baik. Jangan sampai perbuatan kita tuh nanti akan makan diri kita sendiri balik.

Wallahu'alam