Saturday, June 4, 2011

Susah tapi nampak bintang

Dah jenuh dah dengar nasihat kawan kawan.
Kawan kawan yang dah berbelas tahun kenal aku, pernah duduk serumah dengan aku, susah senang dengan aku.
Diorang cakap, "Vee, dari dulu lagi kitorang dah pesan, belajar jadi selfish sikittt aje pun jadi lah. Kau asyik nak please semua orang, jaga hati sana sini. Lepas tu orang pijak kepala kau."
And alasan aku, satu perkataan aje. "SUSAH!"
Rasa susah dan amat tak selesa bila nak mencuba jadi someone that I'm not.

Memang kalau difikirkan sampai migraine pun, ada je orang yang akan keep on denying the truth even bila kebenaran tu memang terpampang depan mata.

Ada je orang yang mampu cakap apa aje asalkan hati dia puas. Fact is, deep down aku sedapkan hati aku sendiri dengan kewujudan kawan kawan yang lebih lama mengenali diri aku ni.

Kadang kadang tu, orang mudah sangat sangat tersalah sangka dengan sesuatu penyataan. Dan disitu lah kita dapat kenal orang yang mempunyai sifat seorang PENILAI.
Yang tak mampu berfikir dahulu, tak mampu fikirkan kemungkinan yang bermacam rupa sebelum membuat penilaian, sebelum bertindak melulu dan akhirnya menyakiti individu lain bila sebenarnya individu tu tak layak terima semua tu.

Tapi hakikat, manusia dalam dunia bermacam rupa, bermacam jenis..
Dan hakikat, setiap apa yang jadi pasti ada sebab nya...
Just stick with the truth..

Kita tahu Tuhan tu wujud. Kita tahu Tuhan tu adil.
Ye, memang aku tak baik mana.. But aku masih mampu sedar.

Selama ni siapa je pun yang pernah sakitkan aku, aku tak rasa aku pernah nak berbalas balas ni. Memang selalunya SABAR tu is the best thing to do in life. In this cold world. People can be so cruel at times. But no matter how, selagi mampu tu, kita tak harus jadi twice a monkey.. Biar je lah kan. Salah betul diorang tu, biar Tuhan aje yang nilai. Memang dah dalam hidup ni, Tuhan je yang lebih layak menilai...
Bukan kita sesama manusia..

Haih. wallahu'alam la..

Just my two cents

No comments: