Tuesday, December 15, 2009

NILA.

Tadi di tempat kerja, during my free time..
When there were no flights boarding, saya ambil surat khabar and browsed thru..
So eager nak tahu cerita about Jusco baru di Melaka yang sepatutnya di launchkan on this coming 17th; exploded yesterday due to gas leakage ke apa.

After reading the article regarding the explosion and all, saya terus la browse thru the other pages.. And then terhenti saya dekat one page with an article regarding peminta sedekah yang deal with syndicates and all. Tak perlu baca article tu pun, dah lama saya terfikir fikir pasal issue ni. Bila manusia manusia yang tak berhati perut, menggunakan orang orang yang kurang upaya- letak mereka di kaki-kaki jalan, meminta sedekah.. Then, diorang yang kutip duit tu.. And kita boleh aje imagine kan, macam mana layanan yang diterima oleh orang-orang yang bernasib malang tuh.. You think those demons nak cakap elok elok dengan hormat ke pada si malang tu?

Dipergunakan.. Dengan keadaan fizikal yang dah terlebih cukup buat diri mereka menderita, ditambah pula dijadikan bahan untuk orang lain mendapatkan keuntungan. Sedih kan? And dalam kepala otak saya, memang it won't be surprising if syaitan syaitan tuh menggunakan kekerasan pada mereka.

Cuba sekali, bayangkan diri kita di tempat mereka. Ibarat dah jatuh, ditimpa tangga lagi.. Sayu.. Bila fikirkan takdir tentukan nasib diri diciptakan dalam keadaan penuh kekurangan, dan dilayan pulak dengan penuh kehinaan. Kadang kadang, mesti tak dapat lari dari menyalahkan takdir. 'kenapa aku dijadikan begini?' - Soalan macamni pasti tak lekang dari mulut dan fikiran.

Dalam article yang saya baca tu, Datuk Seri Shahrizat Datuk Jalil suggested supaya kita jangan memberi sedekah lagi, kerana in the end, duit tuh bukan milik diorang. And tak perlu la dari beliau aje, ramai orang di keliling saya yang pernah cadangkan benda yang sama.. Dan saya tak blame diorang pun sebab memutuskan begitu.



TAPI.
Takkan lah setiap satu peminta sedekah/orang-orang kurang upaya di kaki-kaki jalan tu semua berurusan dengan sindiket sindiket haram? Macam mana kita nak identify, bezakan mana yang betul dan tidak? Saya pasti masih ada antara mereka yang betul-betul memerlukan duit sedekah dari kita dan dengan duit hasil meminta sedekah itu la diorang gunakan untuk teruskan hidup mereka hari demi hari..

TAK ADIL.
Bila saya fikir, hanya disebabkan segelintir umat-umat yang tak berperikemanusiaan ni, penderitaan orang-orang yang bernasib malang ni datang bertimpa-timpa lagi.

Subhanallah..
Sumpah sebak sangat hati saya bila kenangkan perasaan mereka. Dan saya ni hanya mampu bayangkan,.. Tapi mereka yang menaggung beban derita ni semua, pasti sakit nya sampai rasa lebih baik Tuhan ambil aje nyawa ni kan?

Sangat complicated.

Tapi bagi saya, kalau nak sedekah, biar lah niat hati tu betul betul ikhlas. Kalau sekali dah rasa was was, syakwasangka tentang sindiket la apa, kalau rasa tak nak sedekah, tak perlu lah. Sebab tak guna pun. Dan kalau tak nak bagi pun, jangan lah pulak sampai mulut tu menghina-hina, atau kalau tidak pasti, tak perlu la terus menuding jari dan mengeluarkan kenyataan pasal sindiket-sindiket haram tuh. Diorang tak layak diperlakukan mcm tu.

Ibaratnya bila seorang perempuan bertudung dilihat melakukan maksiat, statement begini; "PEREMPUAN PAKAI TUDUNG BUKAN NYA BAIK SANGAT!"
Jadi bagaimana perasaan perempuan-perempuan bertudung lain yang memang suci, memang layak digelar MUSLIMAH?
Bengang kan???

kerana nila setitikkk..~

Haih dunia..
Haih diri..

Harap masih diberi kesempatan dan masa untuk berubah, dan masih dapat melangkah ke jalan yang betul, dari jalan yang lebih jauh menyesatkan.
Na'uzubillah.


just a piece of my mind, anyways.

2 comments:

keril samad said...

kau ada baca paper, pasal budak kat area rumah ko tu, anak buah member aku dgn abg ipar dia eksiden kt johor yg 3org meninggal tu? kesian.

Sabrina Vee Zalani said...

yang mana satu ni? paper bila? budak ni yang mana??