Friday, February 6, 2009

Shark.

Baru ni aku YM dengan Shark..
Isk.
Sedih je aku nak cerita.

Mula mula dia message aku kat MySpace and dia ckp dia baca blog aku and dia sedih sangat.
Sebab dia tak ingat pun semua yang aku cerita tapi dia rasa this one kind of feeling masa dia baca tuh.
And dia tanya macam mana kalau dia nak rasa semua tu sekarang.

I don't know what to say, as for me, aku okay je..
But I'm not sure about the others.
And aku tak sure if lepak sekarang ni, will it be as the same as dulu dulu..
Eventhough aku sendiri pun sangat teringin nak rasa macam dulu dulu tu balik.

Haih..
Shark, Shark..

Aku ingat lagi, masa aku dapat tahu kau accident.
Time tu aku on the way balik Melaka dari JB.
Berhenti dekat Ayer Itam kot beli barang pakcik aku nak kahwin.
Pastu ada sorg kawan ni call.
Dia ckp kawan dia bgtahu kau accident.
Time tu aku tak tahu keadaan kau accident, ringan ke teruk ke aku tak tahu.

Tapi lepas aku dapat tahu berita tu je, aku terus pinjam handphone bapak aku and call kwn2 yang patut tahu.
Esok nya tuh je, aku, Bee and Hanim naik bas ke KL, nak pergi PPUM melawat kau.
Ehm, bapak aku tak tahu.
Aku takut nak cakap aku nak pergi KL.
Tapi aku tak fikir semua tu pun, aku tau aku nak tengok kau je.
Untuk pengetahuan kau, time tu pun memang kau dah macam abang aku.

Sampai je PPUM, jumpa family kau.
Semua nangis.
Terpinga pinga aku dibuatnya.
Teruk sangat ke, sampai diorang macam tu sekali..
Time tu, tak semua boleh masuk ke ward tuh..
ICU.
Kan?
Tapi entah macam mana aku tak ingat, aku dapat jugak masuk.

Dan akhirnya persoalan aku terjawab.
Kau koma, and keadaan kau, memang jujur aku cakap..
Aku tak sanggup nak tengok kau lama lama.
Masa aku tengok kau terlantar, tak sedarkan diri, berbalut- tiba tiba dengan spontan dalam kepala aku terbayang bayang masa kita lepak sama sama, borak borak, gelak gelak..
Sumpah..
Aku tak lupa apa aku rasa time tu.
Sebak gila aku tengok abang aku dalam keadaan sakit macam tu..

Lepas je melawat kau, aku balik Melaka.
Balik hari, sebab mcm aku ckp tadi, bapak aku tak tahu aku pergi KL.
Tapi esok nya aku datang lagi.
Dengan mak Ayman, and Ayman.
Yang time tu, mak Ayman memang dah bagitahu bapak aku dia nak ajak aku pergi KL tengok kau.
Bapak aku pun kenal kau.
Aku rasa bapak aku pun boleh fikir kot, yang hari sebelumnya aku pergi KL.
Sebab aku ada cakap aku pergi melawat kawan aku accident, cuma aku tak cakap dekat KL.
Aku rasa dia faham..

Masa dengan Ayman, kitorg sama sama dapat masuk tengok kau.
Masuk je, aku dengan Ayman dua dua tak pandang kau dulu.
Aku pandang Ayman je mula mula, dia tengok dinding, and slowly dia alih pandangan pada kau.
Bila Ayman tengok je keadaan kau, dia terus nangis.
And time tu la, aku tak boleh tahan dah.
Aku tengok kau and tak boleh nak kawal langsung rasa sebak..
Macam susah nak terima, tengok kawan aku macam tu.
Masa kau dah sedar pun, kau tak boleh bercakap, and kau tak boleh bergerak.
Kau macam dalam dunia kau sendiri.
Aku nampak betapa seksa nya kau bila kau nak batuk, dengan tekak kau yang kena tebuk.
Subhanallah..

Sekarang kau cakap kau nak sangat rasa time time happy kita sama sama dulu kan.
Aku tak tahu macam mana nak tunaikan hajat kau.
Tapi aku janji aku akan cuba.
Kita kawan kan?
And aku anggap kau macam abang aku.

Aku sendiri sedih bila fikirkan semua ni.
Tapi tengok lah, aku akan cuba apa yang aku mampu k?
:)

2 comments:

syaf rumaizie said...

;)
thx vee...
alar tatau lar bley ke x..
cm xder harapan jerk..
tp tape lar...
kte jgn berhenti berharap..
insyaallah if tuhan nk bg aku
igt blk,igt lar blk...
n frendship kte n da gang
akan jd cm dulu lek..aminn
insyaallah...

Sabrina Vee Zalani said...

Amin...
rinduu je.
hm..