Monday, February 9, 2009

Dinding Itu Lah.

Dinding itu
Aku renung setelah sekian lama aku memendam
Menyimpan rasa perit
Tuhan....
Sakit itu

Di dinding itu
Segenggam rambut ku kau cengkam kuat
Kau hentam kan kepala ku
Di dinding itu

Satu!!
Dua!!
Tiga!!
Empat!!
Lima!!
dan
Enam!!!

Ya aku membilang
Setiap satu kali hentaman memukul bukan sahaja di kepala
Di segenap jiwa
Dan raga, takkan aku lupa

Biar saat aku mati
Takkan pernah aku lupakan
Kepala ini kau hentakkan
Di dinding itu

Dunia seakan bergegaran
Hampir aku rasa otak ku memecah
Hampir ku rasa darah akan berhamburan

Tidak cukup dengan gegaran otak
Yang kau hentakkan ke dinding itu
Muka ku kau tampar
Dengan gegaran yang masih belum pudar
Kau tambahkan lagi

Kenapa tidak kau bunuh sahaja aku?!

Aku ketapkan gigi gigi ku
Menahan sakit
Menahan marah
Airmata juga tidak terasa lagi mengalir

Tidak cukup dengan mental
Fizikal ku juga cuba kau ranapkan

Aku cuba membinasakan dendam
Aku sedar tiada dendam patut hadir buat kau
Namun untuk kau,
yang tidak kelihatan bisa merubah
Kesilapanmu yang masih segar di mata dan benak ku
Aku tidak mampu menumpaskan rasa dendam

Maafkan aku
Tuhan,
Maafkan aku

Aku cuba
Namun gagal
Mungkin berdosa
Apakan daya ku
Hanya manusia kerdil yang hidup disulam kenangan maha perit

6 comments:

Ola said...

LoL..kok dengernya frust bgt deh..
hehehe..

Sabrina Vee Zalani said...

bukan frust. haha. sakit kot org hentak kepala i kat dinding 6 kali. haha. berkisarkan kisah benar.

+faliqfahmie said...

vee jgnla fikir lagi k?
i know its hard, its haunting and traumatizing, but u need to let go ok hun?

be strong. :)

damiaisy said...

lol..
dasyat benar...
cem gitu skali...
saba la ye..

Sabrina Vee Zalani said...

Faliq: Thanks man. Appreciate it. Atleast I'm trying to let go the pasts. STILL tryin.

Damiaisy: Lol.. Takde la biasa je. dh lepas lgpun.. tak tau la mimpi ke btl2. heh

syaf rumaizie said...

woo...
apesal neyh?
frust jerk??
spe yg hentak2???