Wednesday, December 31, 2008

Mungkin kuno

Apa yang pernah jadi, aku simpan dalam kenangan.
Biar abadi, walau pahit.
Yang lepas, akan aku biar berlalu.
Biar semua sesalan dibawa angin, biar jauh pergi dariku.
Yang salah, bukan kuasa ku untuk menghukum
Biar diadili oleh yang Satu.
Yang benar, biar aku benamkan dalam lubuk hati.
Biar menjeruk di situ.
Kerana aku akan mampu senyum bila memikirkannya.
Biar walau sekarang aku hidup dalam penipuan.
Kerana dengan ada nya Agama, aku percaya akan wujudnya Tuhan.
Dan dengan adanya Tuhan, aku tahu semua akan baik baik sahaja.
Semua sudah tertulis.
Kalau susah, akan adanya senang dengan usaha.
Kalau senang dan terus mensyukuri, akan murah lah lagi rezeki.
Dan kalau senang dan bongkak meninggi tak bertempat, pasti akan ada waktu jatuhnya.
Hikmah akan sentiasa ada.
Untuk si senang mengingati kuasa dan kekayaan yang lebih besar dari apa yang dimiliki.
Untuk si susah mensyukuri limpah kurnia walau dirundung kesempitan.
Mengapa tuding jari pada Tuhan, kononnya tidak adil.
Dunia ini ibarat pentas, kita manusia adalah peneraju utama nya.
Hidup ini ibarat kertas putih.
Dan kita sendiri yang mampu mencorakkannya.


buahfikiranmalamgagallena

No comments: