Tuesday, December 30, 2008

Mari Merapu

Boring. Jom berkenalan..

Saya dilahirkan tepat pada jam 9.59pagi pada tarikh 24 November 1987.
Waktu itu berat badan saya adalah 2.8kg, sekarang?
Tak usah ditanya. :P
Saya dilahirkan oleh ibu saya yang berketurunan Cina dan bapa yang berketurunan.....
jeng jeng jeng.... Melayu la ngok!
Jadi nya, saya dengan official dan rasminya (haha) me'label'kan diri saya sebagai seorang Cinayu.

Mendiang datuk saya iaitu bapa kepada mak saya, pernah bergiat dalam bidang photography ye tuan tuan dan puan puan. Yang ni, saya minat sama. Tapi sangat pasti tidak setaraf kehebatan mendiang datuk saya. Sangat jauh mungkin utk dibandingkan. Saya sendiri pernah membelek album album yang gila banyak di rumah keluarga Cina saya. Dan dapat lah saya lihat gambar gambar nenek Cina saya, yang diambil dan dicuci sendiri oleh tangan mendiang suaminya.
Btw, nenek Cina saya sampai sekarang masih bergetah! (Harus mintak tips!)
Jadi tidak hairan lah kalau gamba gambar di waktu muda nya memang menunjukkan kemantapan dan kejelitaannya.
Begitu juga dengan nenek Melayu saya yang pernah saya terjumpa gambarnya berkebaya ketat, dan kain nya jarang (see thru weh).
Mungkin di dalam ada pakai corset.
Tapi masih jarang!
Dan saya juga telah menyuarakan pendapat saya kepada nenek, "Ewahhh.. Dulu seksi ye.. Sekarang kalau anak dara pakai ketat, macam macam dikatanya. Macam sarung nangka la, apa la.." Dan nenek akan membalas dengan hilai tawa nya yang sangat mirip dengan ketawa nya si Popeye.

Selain itu, saya juga pernah menemukan sekeping gambar mendiang datuk Cina saya yang sedang memegang kad dan berlatarbelakangkan kad kad besar yang mengandungi bentuk spade, ace, etc. Dia juga memakai kot berkilauan dan rupanya, mama bilang, datuk saya pernah menyertai ahli silap mata, dan travel ke sana ke mari untuk membuat persembahan silap mata.
(Wowww a magician!)

Arwah datuk Melayu saya pula, pernah menganggotai sebuah kumpulan musik (indie band dulu2 la kot. hahaha) yang dianggotai juga adik beradik nya yang lain. Ye, ada bassist, guitarist, drummer, vocalist. Saya juga pernah tengok gambar mereka bersama band itu. Kehkehkeh..
Kesimpulannya, arwah dan mendiang datuk datuk saya sumpah hemsem! Yang Cina tinggi lampai dan slim. Haha.
Dan yang melayu, mempunyai riak wajah yang garang dengan misai nya yang lentik, tapi menurut cerita yang saya dengar, (since arwah meninggal waktu saya berusia 2bulan), arwah ialah seorang yang kelakar. Dan pernah juga, nenek nenek saya kata, saya ada terikut sikit ke-kelakar-an arwah datuk saya.
Ye, saya ingat, sedikit masa dahulu, saya pernah menjadi sorang budak yang suka buat lawak bodoh, tapi mampu membuat orang ketawa. Papa juga pernah menggelarkan saya, Mrs Bean.
Pffft.
Tapi entah, mungkin setelah masa beredar sedikit demi sedikit, dan persekitaran telah mengubah saya.

Dah jauh menyimpang ni.
Kesimpulannya, saya agak bosan dan pening dengan ulangkaji Business Maths saya, makin hujung muka surat makin membelitkan salur salur dalam otak saya ni.
Hentam.
Malam semua.
Salam Maal Hijrah.

No comments: