Thursday, November 27, 2008

Hitam Hati

Syaitan bertopengkan manusia.
Tu je yang mampu aku gelar pembunuh pembunuh kat atas muka bumi ni.
Memang tak ada pedoman, tak ada iman, tak ada hati perut.
Yang merogol, dan membunuh mangsa rogol diorang.
Yang mencabul kanak kanak...
Ya Allah, sumpah weh, mana pergi perikemanusiaan diorang nih..
Benda macam tu, tak payah fikir panjang pun boleh tahu yang benda tu tak patut kita buat.
Semakin gelap hati manusia sekarang.
Kalau lah binatang diberikan akal, malu kot dengan binatang.
Malu dengan babi.
Malu dengan hanjing.
Ish.

Memang dalam hidup aku, aku pegang satu prinsip ni sekuat mungkin.
Manusia, tak boleh menilai, dan menghukum sesama manusia.
Tuhan yang satu je layak buat semua tuh.
Tapi malang sekali untuk manusia manusia yang bertopengkan syaitan ni, atau sebaliknya.
Hilang agama, mungkin.
Kalau tahu agama, kalau percaya kewujudan Tuhan, mana mungkin mereka mampu jadi sekejam tu.

Tiap hari ada aje benda benda macam ni.
Kadang kadang, sampai terkedu aku mendengar berita, membaca suratkhabar.
Tak sangka.

Memang manusia akhirnya patut malu dengan binatang.
Pft.

Kes pukul.
Sampai mati.
6 orang pukul seorang.
Terbayang bayang dekat mata aku ni.
Macam mana lah mangsa tu menagih simpati, meminta belas masa dipukul beramai ramai tuh.
Subhanallah.
Bayangkan pun dah cukup sakit.
Apa pulak perasaan mangsa tuh, atau lebih tepat ARWAH tuh.
Biar apa sekali pun salah yang seorang manusia tuh buat, kita manusia langsung tiada hak untuk menghukum dengan cara membunuh tu.
Tak masuk akal bagi aku.
Dan setiap kali aku dengar dan baca pasal benda mcm ni,
aku cuma mampu berdoa je, moga Allah jauhkan musibah musibah, benda benda macam ni daripada aku, keluarga aku, kawan2, dan kenalan lain.

Yang salah, tetap salah.
Tapi kenapa tidak biarkan Tuhan je yang menghukum.
Dan kalau lah pergaduhan tu terjadi disebabkan seorang perempuan,
kau tak percaya jodoh ke?
Kalau ada jodoh tak kemana.
Dan kalau dah tak ada jodoh, dah takdir tetap kan macam tu.
Semua yang jadi pasti ada hikmah.
Dan kalau kau ada agama, percaya Tuhan, percaya Qada' dan Qadar, kau tak buat semua ni.

Dan aku, bukan niat nak menilai.
Jauh dari sudut hati, aku simpati.
Aku bersoal sendiri, kenapa sampai begini jadinya hidup kau.
Apa yang pernah kau lalui hingga kau jadi sekejam itu.
Dan aku malu, kerana aku juga manusia seperti kau.
Kalau aku panggil kau binatang, aku juga binatang.
Kalau aku panggil kau syaitan, aku juga syaitan.

Kita sama, manusia.
Tapi hati.....

Tuhan je maha mengetahui.

Wallahu'alam

5 comments:

Rubina Yunal said...

Child molesters..

yes, diorang ni layaknya mati dalam keadaan yg paling hina je rasenye.

oh.. dark memories.

:|

Dj Epoi said...

Ummmmm....Dunia..Dunia..Dunia!!!

Cik.keril said...

dlm 6 org tu, sorang kwn aku, kawan dari tadika, kwn satu sekolah,. entah la. kita x patot menjatuhkan hukum keatas apa yg kita tak tahu kan? so, tunggu jela.

Sabrina Vee Zalani said...

aku tau..
aku pun ada kenal jgk.
dan aku rasa aku tau sape yg ko kenal.
=)
tu aku ckp, aku x nilai.
tp benda sampai tahap camtu kan.
hmph

Sabrina Vee Zalani said...

mangsa dan pemangsa org kenal bai.